Friday 11 March 2016

Mee Goreng Sedap dan Simple

Assalamualaikum...

Harini mama goreng mee je. Ptang neh nak tengok baby... 😄

Cara2nya :
1. Tumis 4 ulas bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan pula 1 sudu cili kisar hingga garing
3. Setelah garing, masukkan segenggam ayam. Gaul hingga ayam masak. Jika mahu letak fish ball / fish cake / udang / sotong juga boleh. Terpulang kpd anda.
4. Masukkan pula segenggam batang sawi.
5. Masukkan sedikit air, satu sudu makan sos cili, satu sudu makan sos tomato ( agak berkuah ). Kemudian masukkan 1 paket ( 500g ) mee kuning. Gaul dan biarkan sebentar hingga kuah meresap ke dlm mee. Jika terlalu kering tambah lagi sedikit air.
5. Setelah bahan meresap, perasakan dengan kicap, sedikit sos tomato, dan perasa. Masukkan juga sayur sawi hingga sayur sedikit layu.
6. Siap. Sedia untuk dihidang.