Friday 11 December 2015

Kailan Ikan Masin


1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
1 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya juga amar mudah untuk disediakan.

Cara-Cara Penyediaan:

1. Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
2. Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
3. Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.
4. Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau nipis jika mahu.

P/s: Sayur kailan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan ikan bakar, atau pun apa-apa seafood punya lauk.

Monday 7 December 2015

Bubur Nasi

Assalamualaikum...

Hari ni lepas balik kelas... tatau nak masak ape. Tengah cari idea papa lak ngidam bubur nasi katernyer.... maka bermula sesi menggodeh dapo. Yg tade papa belikan kat kedai. Yg tadee kat kedai taley watpe kne ganti yg len. Huhu... berselera lar jugak... sampai abis kami berdua kerjakan.
Abes makan, papa basuh semua. Papa memang sweet. Mama sayang Papa. Haha...

BUBUR NASI VERSI MAMA...

Bahan bubur nasi:
Nasi
Air

Cara:
Tanak ler mcm masak nasi biasa. Tapi lebihkan air.

Bahan ikan bilis tumis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi ( kalau nak pedas bole tambah lagi )
Semangkuk ikan bilis ( digoreng dgn minyak byk )
2 camca besar kicap cair
2 camca besar Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan layu. Masukkan pula ikan bilis yg telah digoreng dan gaul. Masukkan kicap cair dan tambah garam. Gaul dan angkat setelah sebati.

Bahan sayur:
1 mangkuk sayur kangkung ( mama guna meranti, sbb sayur kankung dh abes, huhu... )
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam bawang putih
1 inci belacan
10 biji cili padi
Sedikit air
Sedikit perasa dan garam

Cara :
Kisar/ tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan dan cili padi. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan sayur hingga sayur sedikit layu dan perasakan dengan garam dan perasa. Setelah sebati, angkat dan hidang.

Bahan telur masin
Telur masin
Air

Cara:
Bersihkan telur masin dan rendam dalam periuk hingga tenggelam telur masin. Rebus selama 25-30 minit atau hingga telur masak. Setelah telur masak, boleh ditos air dan potong telur masin ikut kuningnyer. Sedia di hidang.