Friday 9 December 2016

CARAMEL SAUCE RIMA DANIA

Bahan-bahan boleh dilihat pada gambar di bawah sekali..

Cara-cara:

1. Dalam periuk, masukkan air dan gula pasir. Nyalakan api dan biar gula masak sehingga warna keperangan tanpa mengacaunya..

2. Bila gula dah bertukar warna keperangan, tutup api dan alihkan periuk dari tungku.

3. Masukkan susu cair, garam, vanilla extract dan butter. Kacau rata.

4. Siap untuk dihidang. Boleh digunakan untuk glaze pada donat, roti, churros atau pop corn. Nak jadikan topping pada ice-cream vanilla pun boleh jugak. Selain itu, topping untuk chocolate cake, cheesecake, vanilla cake dan lain-lain pun boleh..

Tuesday 13 September 2016

Daging Lada Kering

Bahan perap ( 2-3 jam ) :

800gm daging
1 inci halia - dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Sedikit serbuk lada hitam

Bahan-bahan lain :

10 tangkai cili kering -  cuci dulu kemudian gunting panjang seinci
2 ulas Bawang Besar - dibelah 8
1 inci halia - dipotong nipis memanjang
Minyak secukupnya
Sedikit air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah

Cara-cara :
Panas minyak, masuk halia dan cili kering, goreng sehingga agak garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan ketepikan dulu. Kalau minyak terlalu banyak boleh keluarkan sedikit.

Dalam kuali dan menggunakan minyak yang sama, masukkan daging yang telah diperap. Goreng seketika hingga daging empuk dan keluar airnya. Kalau terlalu kering masukkan lah sedikit je air, nak mempercepatkan proses daging tu masak dan lembut.

Akhir sekali masukkan cili kering dan halia yang digoreng tadi . Masukkan juga bawang besar yang dibelah. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan siap!

Boleh juga masukkan sayur dalam lauk ni, seperti daun bawang, carrot, broccoli atau kacang panjang.

Monday 29 August 2016

Kari telur

Assalamualaikum...

25hb bulan yg lepas mama pegi ke Kuantan, Pahang melawat rumah adik ipar. Merasa lar jalan ke Air terjun Pandan Panching... pegi tengok laut kat Teluk Cempedak. Seronok jln2 neh. (Mama mmg kaki jln. Haha). Tp ada jugak spend tome duduk rumah je. Adik ipar ni pun masak lar telur kari. Sedap pulak. Rasa dia len sebab ade ikan bilis goreng dalam kari. Tak pernah mkan sblm neh. Selalu kari ayam lar... kari daging or else lar. Haha. Mama Nk simpan resepi ni jgn smpai lupe. Mueheheh...

Kari Telur

Bahan2:
Beberapa biji telur rebus - dikupas kulit dan di goreng sebentar.
Segenggam ikan bilis - Digoreng
1 biji kentang
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3-4 ulas bawang metah -dihiris nipis
2 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia -dihiris nipis
3 sudu rempah kari -dijadikan pes
1 kotak santan
Sedikit air - terpulang. Kalau nak pekat satu mangkuk air mencukupi.
Garam secukup rasa

Cara2
Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, bawang putih,  dan halia hingga garing.
Masukkan pes kari, telur dan kentang hingga sebati. Masukkan air hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis dan santan. Setelah sebati masukkan garam.
Boleh dihidang bersama nasi panas juga roti.

Tuesday 16 August 2016

Asas 5

Perihal individu asas 5..

Org 5 dikatakn xboleh buat boleh biz..ini salah!

Org no 5 boleh buat semua bisnes...iaitu..dia mesti kmbgkn ap yg da org mulakan..xboleh jd founder atau pencetus sesuatu produk..

Dia boleh berperanan sebagai rebranding..penambaikan kpd prdk yg sedia ad..itulah function org no 5..jngn salah paham.

Cntohnya jd marketer online..dropship..agent..

Awk xboleh create prdk sndri kecuali mengubh atau modified produk yg da wujud.

Awk org no 5 bleh jd kaunselor..ubah org..motivator..kaunseling.

Peranan org no 5 adalh mbawa sesuatu perubahan ibarat duta..pencetus..penggerak..

Boleh2?

Pola 246 @ 426

Pola 246 @ 426

Sesiapa yg ada pola ini anda berbakat dalam bidang Pengajaran@Pendidikan@Penceramahan.

2 lambang suara
4 lambang ilmu
6 duit

"Dgn kepakaran menggunakan suara untuk menyampaikan ilmu, disitulah anda menerima income"..

Jadilah guru..penceramah..pensyarah..guru quran..guru tuition.

Pola Asas Bosses

Individu2 Yg XBoleh Kerja Dengan Orang.

1. Asas 1
2. Asas 5
3. Asas 9

Better anda kerja sendiri..

Baru rezeki lebih padu!!

Pola cermin

Pola Cermin adalah nombor yang sama hujung kanan dan hujung kiri

Ada 3 jenis pola cermin
3:3
6:6
9:9

Ini bermaksud seseorang itu famous dgn beberapa karakter.
Mudah terkenal dan dikenali dimana keberadaannya
Cepat timbul
Orang mudah ingat
Terkemuka
Public Figure

3:3. Famous dan dikenali seorang yang banyak berhabis duit dan dermawan serta aktif. Mungkin bersukan atau aktiviti lasak

6:6  Famous dengan banyak duit atau memunyai rupa paras yang cantik

9:9  Famous dan terkenal dengab seorang yg baik... boros... seorang yang penyayang dan pelawak di samping disayangi masyarakat

Susunan Sesebuah Institusi/Syarikat

*Susunan Sesebuah Institusi/Syarikat

Asas 1 Manager
Asas 2 Personal Asistant
Asas 3 Runner
Asas 4 Research and Development
Asas 5 Duta/Sales n Marketing/Jaga Sites
Asas 6 Akauntan
Asas 7 Event Management
Asas 8 Production/Kerja2 Berat
Asas 9 Public Relation/Analisis

Penghalang Kejayaan Utama Anda

Penghalang Kejayaan Utama Anda

Asas 1: Susah dengar pandangan orang, ko je betol.

Asas 2: Cakap banyak tp Xbuat..popet2 je..

Asas 3: baran dan susah nk trima arahan..melawan je..

Asas 4: asyik plan2..tp xproceed..plan agak2 je..yg pntg jalan..

Asas 5: Degil dan tidak istiqamah..lompat sana..lompat cini..mcm2 buat  try n error..smpai bile daa nk cmni..

Asas 6: Berkira2..pikir nak untung je..rugi sikit mengomel..kadang2 degil..

Asas 7: banyak tolong orang..  diri sendiri xnk tolong pula..

Asas 8: terlampau bnyk pikir..itu la..ini la.. progress nye xbuat2..

Asas 9: Selalu ikut mood..n trlampau percya kpd jnji..n suka brtgguh.

Jutawan Industri

Asas 1: Jutawan Teknologi

Asas 2: Jutawan Kosmetik

Asas 3: Jutawan Sports/Makanan

Asas 4: Jutawan Pakar/Doktor

Asas 5: Jutawan Motivasi

Asas 6: Jutawan Investment/Saham/Forex/Fashion

Asas 7: Jutawan MLM

Asas 8: Jutawan Kilang/Production/Makanan

Asas 9: Jutawan Hartanah/Trading/Wholesaler

Monday 15 August 2016

Dilema & persoalan Pola

9*Jawapan kepaa List Masalah/Dilema Yang Dihadapi..*

Xifu akan bagi jawapan mengikut pandangan Sains Metafizik Islam..

1. *Q:Saya rasa sering dibuli dtempat kerja*

A: Biasanya org rasa sering dibuli dalam kehidupan adalah individu yg ada pola 753 atau 786

786 biasanya org suka suruh bt tu n suruh bt ni..but ingat..org 786 dia akan menerima habuan dlm bntuk material dgn ap yg dia buat.

7 org
8 masalah
6 rezeki/duit.

So, terimalah tggungjwb itu n insyaAllah diseblik  bbnan itu ad rezekinyan

Sekiranya anda da tak tahan:

• Sila pakai bnyk no 27..
• Ketika anda mandi aura, niat supaya anda digeruni.
• Jngn lupa sapu minyak aura di nadi supaya karisma diri trserlah
• Jngn lupa juga spray wajah dgn Auranur supaya org memandang anda dgn hormat

*2. Teman3 atau senior3 di tempat kerja tidak puashati & 'back stab' sy sehingga sy difitnah.*

Biasanya pnglamn ini dihadapi oleh org yg ada pola 753 atau Asas 5 dan yg banyak berulang no 5555.

Bg indvdu ini, anda sbnrnya tidak sesuai kerja yg brbntuk stay d office ..anda dnshtkn bt krja yg mlbtkn prgerkn dr sesuatu tmpt ke suatu tmpt yg lain spert sale..marketing..jga site..supervisor..

Utk krgkn enrgi ngtve td..Anda kne amlkn mndian aura dan sekalu kne pkai bju warna aura spy emosi anda stabil.

3. *Kawan2 ada yg xsuka dgn cara kite.*

Biasanya anda ada pola 119.
191 atau 123 atau asas 1 kerana anda mmpunyai sifat kedegilan yg tggi dan anda akn sering dikhianati oleh org.

Sekiranya anda bos, jngn trlmpau diktator dan bnyk2kn musyawarah dan mngambil idea dan cdngn org bawahan .

Jngn keras kepala dan jga lidah dr menyentapkan ati org dgn mulut anda yg laser itu serta bljrlh mnrima cdgn org lain dlm hdup trmsk drumh n dtmpt kerja.

Teruskan mandian aura..dan pmkaian warna aura agar energi anda stabil.

4 *bos tmpat kerja fitnah ada buat sihir*

Nak taw org tu penyihir..tatap mata beliau..sekiranya dia seorg penyihir..dia xkn mmpu brtatap n bertentang mata dgn org normal.

Kedua, ambil garam letak dipenjuru offis..ap respons die.

Perisakanlh dri dgn solat..doa zikir n juga smpn mnyk aurarich brsama2 (dlm poket) sms kerja.

5. *Saya Ada Masalah Mudah Jadi Tarikan Wanita.*

Bagus..tp anda kena kawal la.

Biasanya anda ada pola 729 ni..atau 222..atu 777..

Tuffkn diri anda dgn pemakaian no 9 krn no 9 lmbg maskulin.

Amlkn mndian aura spy energi td stabil.

6. *Xifu, jika amalkan set garam aura 796..boleh x buang saka keturunan yg mengganggu keluarga? Atau mengubat org yg terkena sihir atau apa2 gangguan makhluk halus?*

Saka keturunan hanya bole dbuang tp dgn prsetujuan seluruh ahli keluarga yg brhmpun n mlfzkn ikrar mlpsknnya. Dr atuk nenek ..adik brdk..ank sdre mre n every sgle one dlm kluarga.

Saka juga xkn bole mnguasai kita sekirnya kita bnyk dktkn dri kpd Allah.

Kpd y bt mndian aura..insyaAllh stkt ni gguan saka dapt dielakkan dgn ikhtiar mndi aura krn jin setan xkn mmpu mnglhkn energi garam  .rukyah dan energi aura.

Dan memang mandian Aura 769 ini sbnrnya dihasilkn utk mmbtu pgguna bebas dari sihir..jin..ggguan makhluk halus..krn aura negatve yg mnyelubngi kita adalh dr bnda2 inilah.

7. *Saya sering berdebar tanpa sebab*

Biasanya anda diberikn klbhn instict n grak rasa yg tggi..sekiranya ia brlku xkira masa dlm shri2..mybe ad pola 459 atau 999..itu adlh suatu klbhn..

Jk anda mnglminya pd wktu2 sperti antra asar-maghrb..ini adalh simptom ggguan.

Maybe juga anda ad mnglmi ssebuah trauma akibat sesuatu pnglmn ngeri.

So..jawapan bg 2 kes ini..buatlh mndian aura itu sbgai ikhtiar rawatan aura bg trauma dan ggguan sihir.

8. *Bisnes mula2 laju lepas tu dah mula balik slow apa cara atasinya*

Biasanya anda ad pola 933 yg kjyaanya xmmpu brthn lma..

So..pilih biz yg bermusim n brsft trending.

Kmdian cek lokasi biz..warna kedai..almt kedai..no ssm.. ( yg ni nk kne belajar dlm kelas).. susah nk dtrgkn dlm wassap.

Dlm mse yg sma..ambil gran ltk dlm premis..

9. *saya selalu berasa ade yang mengikuti blakang sy saat keseorangan*

Ini adalh tnda anda ad ggguan..mka ikhtiar mndi garam adalh cara trbaik..insyAllh.

10. *setiap kali perniagaan sy cbe naik pasti akn ade yg busik hati dgn sy*

Yess..itulah yg bkl drasai oleh org kita khususnya ushawn melayu.

So.. sebab ini jugalah that a big Y kenapa xifu lahirkan Aura 769 ni adalh utk mnjdi perisai dri bg usahawn dr anasir2 jahat.

11. *sy selalu dituduh tanpa usul periksa*

Soklan yg seakan sama dgn no 2 n 3👆🏻

12. *saya rasa sering sakit tanpa sebab*

Perlu lihat energi rumah anda dan lihat ap pekerjaan anda.

Atau pola2 anda.

Bt masa skrg..ikhtiarkn mndi aura spy energi2 kotor kluar dr badan.

13. *sy pernah mengalami atau sering dihinggapi lebam sepenuh kaki atau tangan yg membuat sy rasa sgt sakit*

Ini adalah tnda or simptom sihir.

So..berubatlah dan jngn lupa pkai mnyka aura sebelum tidur dan baca doa.

Perlu juga lihat no rumah dan cat rumah.

14. *bagaimana cara nk murah rezeki*

Reseki ini dari Allah..kita minta dariNya.

Doa dgn tepat berapa amount n apa yg anda nak.

Ikhtiar zahir:

1.mandi aura jngn miss.
2. Ubahlah energi duita anda dari pemikihan dompet dan anythg about urusan duit( atm, acc bank..online banking) dsbgainya.

*nt akn diajarkn dlm kelas*

15. Sukar hamil

Cek aturan haid anda..
Cek kedudukan rahim anda..

Jk 2 prkara atas ok..betulkn posisi ktk brsama..

jk 2 prkra tu xok..bt mndian aura n berurutlah dgn bidan yg brtauliah dan brpnglmn..

*nanti xifu cek no rumah anda juga ye*

16. Slps blajar metafizik..sy dilema..sy air patut elakkan tanah tp skrg dlm progress tanam jagung n cili. Otak sy tiba2 sudah set negatif yg sy x mungkin success.

Apa y kita bljr d grup ini..adlah utk mmbntu anda buat pilihn yg betol..

Jk anda tak mampu nk ubah ap yg anda da mulakan..teruskan..n tawakkal.

Ubhlah prkara2 lain brkaitan dgn biz anda.

17. *rasa nk berjaya tp hangat2 tahi ayam*

Hlngn ini biasanya dtg dr diri anda.

Maka anda lah yg kne ubh n push dri anda.

Brshbtlh dgn org brjya n jngn takut utk menuntut ilmu.

Bljr metafzik n follow..insyaAllh energi ini akn stbilkn kehngatan anda.

18. *Makanan atau apa menyebabkan kulit gatal2*

Ad mnusia die elergik dgn bbrpa jnis mknn..

So..biasnya mknn yg bt gatal adalh mknn laut.

19. *Sy selalu rase kurang keyakinan mcmane nak atasi*

Rujuk soklan no 1 @ 2👆🏻

20. *Mcm mana nak kekalkn momenten positif setiap hari Dan sentiasa energy positif tinggi*

Rujuk soklan no 17.

21. *Kenapalah anak murid susah sgt nak dgr cakap saya 😇😇😇*

Xushlah jd cikgu...hahahaha..rujuk soklan 1 atau 2..

22. Saya susah nk mempercayai suami lagi oleh krn kecurangannya..
Jadi cpt pemarah dan berprasangka..
Saya tahu semua ini penghalang rezeki tapi sukar utk sy melupakan..

Pola 123 @ 213

Pola 123 @ 213

Pola suara kuat..ad kekuatan suara..

Pndai brdebat..
Pndai syarahan..
Pandai berucap..

Mulut pedas..
Suka lepas cakap..
mulut laser..
Perckpn bnyk mnyntapkn..
Mulut xde insuran..
Trlmpau jujur..ckp direct dpn muka xbrlpik..

Dikhuatri mendapat khianat dr org skeliking yg bnci dgn mulut anda

Pola yg harus di elakkan 753 , 843, 459 serentak

Nasihat khusus..

Elakkan individu yg ada pola 753 dan 843 dan 459 dlm trikh lahir yg nya..

Dikhuatiri berenergi negatif..dan elakkan djdkn partner biz n psngn hdup..

Jika ada pola ni.. Renung2kn dan ubahla ap yg pernah anda lakukan..

Tak tahu apa yg anda buat sbnrnya..tp kebanyakkannya rasa bnyk yg salah..

Hrp jngn sentap..😅

............

Harap jangan salah paham:

Untuk isu individu yg perlu dielakkan adalah apabila *berkumpulnya* 2 pola itu skligus..iaitu

753/573 + 843

Jika ada salah satunya shj tidak mengapa..

Jngn salah faham ye..

...............

Bagaimana Metafizik Membantu Usahawan

Ilmu ni membantu seorang manager *agar tidak* akan melantik individu yg memiliki:

* pola 843 dan 753 sebagai PA dan akauntan syarikat

Pola yg harus di elakkan 753 , 843, 459 serentak

Nasihat khusus..

Elakkan individu yg ada pola 753 dan 843 dan 459 dlm trikh lahir yg nya..

Dikhuatiri berenergi negatif..n elakkan djdkn partner biz n psngn hdup..

Jk ad student xifu yg ad pola ni..

Renung2kn dan ubahla ap yg  pnh anda lakukan..

Xifu xtaw ap yg anda bt sbnrnya..tp xifu rasa bnyk yg salah..

Hrp jngn sentap..😅

Pola 843

Licik..
Pndai muslihat..

Baik2 ad maksud.

Lau baik semcm tu ad udang disblik mee..

Pndai memujuk..
Bnyk pikir..

Kbnyknnya xbgus..

Bnyk pikir..licik..

Pndai strategi..

Pndai tipu helah

Pola 999

Suka sepah2
Suka memborong..
Hantu shopping..
Pntg ada sale terus sebat..

Bnyk aset
Sng dpt hrta ..tnh..rumh..brg..
Org suka bg nda brg..

Kki beli brg..
Suka cincin n brg2 mistik..

Sng dpt brg 2nd hnd..

Bgus buat biz hartanah..

Pola 729 / 279

Sape ad pola 729??

Berpengaruh
Ramai netwrking
Pelaris
Sering dbntu
Sesuai jd artis..
ramai peminat..
politicion..
Bt mlm..kki mlm..
sesuai bt biz prdk kcntikn.
Minumn..
Mndian

Sukakn seks..

...............

Tips Nak Lariskan Perniagaan by Metafizik

Cari somebody yg ada pola 729..lau boleh berganda2..

729x2 ke..
729x3 ke..

Jadikan ia promoter anda..

Or..suh die dok kt kedai anda lepak2..

Or jdkn stokis..agent..dropship..

Contohnya cmni:

Citer dr org 729:

asal kedai tu sunyi x org pas tu saya duduk minum je..fuhhh macam lalat kedai tu

Pola Stokis Jualan

Siapa sesuai Jadi Stokis jualan??

1. Asas 3, 6, 9
2. Ada pola 999
3. Jika ada pola 729 lagi bagus n cepat berjaya.

Stokis ni beli by borong jual by runcit.

Namanya bisnes trading

Pola tambahan...

*Perhatikan Pola2 Perniagaan Ini*

Insan2 yang boleh mengusahakan perniagaan

👉�Produk Kecantikan/Kesihatan :

Asas 2
Asas 7
Asas 4
Asas 9
Pola 729, 459, 224, 775,999,

👉�Produk Makanan:

Asas 3
Asas 8
Asas 7
Asas 2

Pola 729,459, 448, 843

👉�Bidang MLM

729

Warna Aura Metafizik

Warna Aura Metafizik

Utk serlah energi/aura:-
1 dan 6 - hijau
2 dan 7 - merah ungu oren
3 dan 8 - putih emas perak
4 dan 9 - coklat kuning beige
5 - biru hitam

Stabilkan energi:-

1 dan 6 - putih emas perak
2 dan 7 - biru hitam
3 dan 8 - merah ungu oren
4 dan 9 - hijau
5 - coklat kuning beige

Perniagaan berdasarkan hobi

1. Orang Asas 1 adalah org yg suka nampak terserlah dari orang lain, nak nampak bagaikan diva.

So org asas 1 ni sukakan barang2 elegent dan voque dan berjenama dan suka mengumpulkan barangan perhiasan dan mereka cukup2 menghargai barangan yg dibeli dan kita sering melihat mereka begitu cermat menjaga barangan yg mereka beli.

So, nasihat kepada orang ino jadikanlah barangan terpakai anda tadi sebagai duit.

Jual di mudah.my

Dan kpd yg peminat barangan second hand, carilah orang asas 1.

2. Asas 2 adalah seorang yg mempunyai bakat suara (tak kesahla sedap ke tak sedap).

Tapi, bakat ini memang sememangnya bakat dia.

Bakat yg ada tadi asahlah. Train jd penyanyi jika suara sedap, penceramah, DJ, qari qariah dan cikgu.

So, gunakan bakat suara tadi utk amik tender jadi MC, DJ, pengerusi majlis2, berzanji, bermarhaban.

Boleh la buat side income hujung2 minggu sebab ramai org perlukan mereka ini utk majlis keramaian.

3. Asas 3 ni suka bersukan dan lasak.

Belajarlah seni mempertahankan diri dan bunga2an tarian silat supaya anda boleh mempersembahkan tarian silat tadi di majlis2 perkahwinan.

Anda juga bagus dalam bidang masakan, asahlah bakat masakan tadi n amiklah tender2 rumah terbuka sepanjang tahun dan dikawasan tempat tinggal anda.

4. Seorang asas 4 mempunyai kretiviti yg tinggi dan mampu menguasai ilmu teknik yg menggunakan seni halus seperti gubahan kek majlis2, gubahan dulang hantaran, gubahan makeup wajah pengantin dan sebagainya.

Juga kemahiran mengayam ketupat dan sebagainya.

So, jika anda tidak pernah belajar, try belajar dan tengok berapa lama anda boleh menguasai teknik2 tersebut.

Mcm abg angkat sy..dia amik tender bt helicopter mainan sebab gubahannya cantik.

Juga org no 4 ni suka membela binatang.

Jadikan hobi itu utk anda buat side income.

Atau anda boleh bt kelas2 tuition dihujung minggu (atau home tuition) sebb org no 4 suka belajar dan tekun menuntut ilmu.

Biasanya org no 4 ni ust atau guru atau doktor atau pensyarah..

5. Asas 5 ni hobinya suka mencuba benda baru dan hobinya sering berubah2.

Org no 5 ni ia berperanan sebagai "transformer" sesuatu..pemodified dan penggubal sesuatu kpd yg lebih cantik.

Sesuai buat side income jurumekap, juru andam, dan menjahit, memasak.

Nampk org no 5 ni mcm no 4.

Yess..tp kemahiran org no 5 ni lebih banyak sebab dia memang seorang yg suka mencari benda yang baru.

Dinasihatkn juga org asas 5 buat sesuatu mengikut musim n trending contohnya skang musim buka stall coffee ..stall uncle john..uncle bob dsbgainya..

Musim mercun.. musim permainan budak2.

Pendek kata..org no 5 ni boleh buat seme benda la.

Handyman katakan..

6. Asas 6 adalah seorang yg hobinya suka melaram, suka bershoping, sukakan fashion, suka memotivasikan org dan sukakan emas.

So..org no 6 bleh juga terjebak dalam perniagaan emas yg bersifat trading sperti powergold, but bukannya yg jenis investment duit..tp emas tak dpt2..

Org no 6 bgus juga jd kauselor. Sebb mmg dia ad bakat sebgai motivator.

Jika rasa malas nk by bnda2 cmtu..anda boleh juga jual baju n anythg about fashion.

7. Asas 7 merupakan individu yg sukakan aktivti keleluargaan n suka bersosial dan ramai follower

Bgus gnkn bkt ini utk bt acc ig utk bt servis review ig..servis like..

Juga bgus..beli alat2 kesukaan knk2 dhujung mggu di tmn2 permainan..contohnya taman tasik ampang..seperti alat buih..rollerblade..go kart..kereta mainan ..n anythg yg brsft sosial.

8..Asas 8 adalah seorang yg rajin.

So..anda boleh amik job2 hujung minggu sperti bt team servis rumah..cuci..servis canopy.. buka kedai gunting..amk tender2 punggah brg..servis pndh ofis n rumah.

9. Asas 9 ni merupakan seorang yg hobinya suka membeli dan memborong dan juga sukakan barangn antik dan rare sprt syiling lama..duit lama..pedang..keris..cincin..kerambit dan arca2 seni.

So..seeloknya buatlah duit dr koleksi2 anda tadi drp ia mnyemakkn rumah anda.

Juga..org no 9 selalu dpt brngn second hand  secara percuma... jadi generate lah income dari pemberian org itu tadi.

Jual barangn antik amat sesuai bg anda.

Sekian..

Pola 753 + 347 = Pola Unit Beruniform

Pola Pekerjaan Dunia Keselamatan.

Polis
JPA
Bomba
Tentera
Rela

Pola 753 + 347

Monday 1 August 2016

Pola Penyakit

Pola Penyakit

6666 dan 1111:penyakit hormon tidak seimbang, migrain, maslah kulit, masalah mental.

459 hormon tidak stabil

729, 775 ketagihan benda manis, kencing manis.

22 masalah bendalir dalam badan

Asas 1 n 6 migrain, kulit
Asas 2 n 7 hormon,haid, kencing manis,darah tinggi, prostat

Asas 3 n 8 jantung, paru2, strok, pernafasan

Asas 4 n 9 maslah resdung or kulit

Asas 5 macam2 pnykit

Fakta Mandi Garam Aura:

Tahukah Anda:

DAO menyarankan seluruh pelajar2nya di (IMKK,MMM,RKMJ,RYRC) supaya buat mandian garam aura.

Dulu DAO pun ada keluarkan garan namanya "LIFERICH".

Adakah itu pesanan saja2..

Mesti ada suatu yg nak disampaikn disana sebenarnya..

So, terserah kepada diri untuk memilih.

Sunday 31 July 2016

Pola 459 / 549

Perkongsian Pola 459

Individu pola 459 adalah "penyerap tenaga" seumpama sponge / span basuh pinggan menyerap air (spongebob).

Kerana itulah orang pola 459 sangat sesuai berfungsi sebagai pemulih kesihatan/ perubatan seperti bomoh, jururawat, doktor atau terapis mahupun kaunselor.

Apabila anda "merawat" orang, sebenarnya anda secara semulajadi menyerap tenaga kurang baik dari pesakit, menyebabkan pesakit rasa lega berurusan dengan anda, tetapi anda pula yang merasa sakit-sakit akibat anda menyerap tenaga kurang baik mereka bagi pihak pesakit.

Oleh kerana anda menyerap tenaga kurang baik, lama-kelamaan diri anda mengandungi banyak tenaga kurang baik dan anda mula sakit-sakit.

Orang pola 459 sering kena tempias sakit atau mudah kena santau, pukau, buatan orang dan sebagainya - kerana pertahanan anda lemah.

Kecuali individu pola 459 yang mempunyai frekuensi dalaman yang tinggi. Kerana itu, biasanya orang yang merawat pesakit sering ada amalan untuk "bersihkan" diri mereka untuk keluarkan tenaga sakit dari dalam diri mereka selepas merawat pesakit.

Dalam Islam pun, anda disunatkan untuk mandi selepas menziarahi atau menguruskan jenazah atau kembali dari kubur.

So, mandian terbaik adalah selepas anda menghadiri mana2 tempat negatif seperti (klinik,hospital, perkuburan) sila buat mandian aura.

Pola 5555

Sangat degil
Banyak orang dengki
Banyak orang sihir atau khianat

Buat kerja tak pernah sempurna
Suka lompat-lompat perniagaan
Mudah bosan

Disarankan buat mandian aura secara istiqamah.

Pola Pola 753 atau 573

Seorang berketurunan bangsawan..
Pandai bergaul dengan orang atasan.

Namun..

Sering menipu atau sering di tipu atau diambil kesempatan.

Disabotaj orang atau mensabotaj orang..

Perlu berjaga-jaga dalam perhubungan takut dicurangi atau diambil kesempatan..

Cara Kira

KORANG PANDAI  KIRA TARIKH LAHIR KORANG ??

JOM BELAJAR RAHSIA PENGIRAAN TARIKH LAHIR METAFIZIK

CARA PENGIRAAN TARIKH LAHIR

Misalnya : 22 April 1980 bersamaan dalam angka 22/04/1980
pengiraannya ialah:

22      04        1980
  4        4         1  8
            8    +    9
                  8
             8   +    7
                  6
Keputusannya ialah : memiliki nombor asas: 8

kecenderungan pula : 336, 189 dan 786

Nombor Asas adalah 1.

Elemennya adalah Logam.

Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.

Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.

Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.

Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

Nombor Asas adalah 2,

Elemen adalah Air
.
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.

Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.

Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Nombor Asas adalah 3,

Elemen adalah Api.

Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.

Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.

Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.

Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Nombor Asas adalah 4

dan Elemen adalah Kayu

Analisa Umum:

Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.

Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.

Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.

Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.
Potensi dan Kapasiti Berdasarkan Nombor Kombinasi
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu

Nombor Asas adalah 5.

Elemen adalah Tanah

Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.

Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.

Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.

Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.

Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.

Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Nombor asas adalah 6

dan elemen adalah Logam/Besi

“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.

Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.

Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Nombor asas adalah 7.

Elemen anda adalah AIR

Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.

Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.

Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

Nombor Asas adalah 8.

Elemen adalah Api

Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.

Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.

Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.

Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Nombor Asas adalah 9.

Elemen adalah Kayu

Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.

Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.

Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.

Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

POLA KOMBINASI 3 ANGKA

Contohnya: 786,887

11 - Sangat berdikari, namun “ditikam belakang”. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut mudah datang dan pergi.
73 - Orang / Kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation.
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif.
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru dan usahawan
123 - Mempunyai kekuatan pada suara. Bagus jadi guru, buat sales, buat marketing, penyanyi atau usahawan.
123 - Kekuatan pada suara. Karier sebagai guru, penyanyi, salesman dan usahawan adalah digalakkan.
123 - Kekuatan pada suara. Boleh jadi penyanyi, guru, buat sales, marketing dan usahawan.
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
393 - Cepat berjaya, tetapi tak tahan lama.
426 - Pandai dalam syarahan dan ceramah
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah.
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense
459 - Memiliki gerak hati atau muslihat. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan kenamaan.
573 - Mudah bergaul dengan orang atasan dan kenamaan. Mungkin ada di sabotaj oleh orang lain.
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang, jadi tarikan orang.
729 - Mudah menyakinkan orang. Menjadi tarikan orang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan
729 - Menarik, menawan dan menjadi tarikan orang. Mudah yakinkan orang
729 - Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan orang. Juga “pelaris”. Sesuai untuk jadi ahli politik
729 - “Pelaris”, Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan wanita.
729 - Sangat menawan & mudah yakinkan orang.
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa. Tetapi, banyak idea dan inovatif
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dan sentiasa ingin tukar citarasa
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dalam satu-satu perkara.
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung dan usahawan adalah kerjaya yang sesuai
966 - Mudah untung, jika mahu. Sesuai untuk jadi usahawan. Lepas tu boleh jadi dermawan, macam Syed Mokhtar atau Bill Synys Gates
966 - Mudah untung (bagus untuk menjadi usahawan)
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

Nombor 1:

ADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN. KEMUNGKINAN SEMASA ALAM PERSEKOLAHAN ATAU SELEPAS ANDA DILANTIK MENJADI KETUA ATAU PENOLONG ATAU DALAM PERSATUAN. KEMUNGKINAN JUGA ANDA MENOLAK PERLANTIKAN DALAM JAWATAN TERSEBUT.

Nombor 2 :

ANDA PUNYAI KOMUNIKASI ATAU PENYAMPAIAN YANG BAIK. SUARA ANDA KEDENGARAN LANTANG DAN JELAS. MUNGKIN JUGA ANDA SUSAH ATAU MALU NAK MULA BERCAKAP NAMUN APABILA SUDAH MULA ANDA KELIHATAN MESRA.

Nombor 3:

PERGERAKAN ANDA SANGAT CEPAT ATAU LAIN KATA ANDA TIDAK SUKA BERTANGGUH DALAM SESUATU PERKARA.

Nombor 4:

ANDA SUKA MERANCANG DAN JUGA ANDA SUKA KEPADA ILMU PENGETAHUAN.

Nombor 5:

ANDA SEORANG YANG PUNYAI PRINSIP SENDIRI. CONTOH JIKA ANDA KATA “A”, “A”LAH JAWAPANNYA, JIKA “B”, “B”LAH JAWABNYA. ATAU ANDA TIDAK TERUS MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA MERTA DAN ANDA AKAN FIKIR DAHULU DAN JAWAPAN AKAN DIBERI KEMUDIAN.

Nombor 6:

ANDA MEMPUNYAI SIFAT KEKELUARGAAN ATAU AMBIL BERAT TENTANG KELUARGA. INI MEMBUATKAN ANDA BAGUS DALAM PERANCANGAN KEWANGAN.

Nombor 7:

ANDA PUNYAI RAMAI KAWAN ATAU MUDAH MENDAPAT PENYOKONG. INI MEMBUATKAN HIDUP ANDA NAMPAK BERTUAH.

Nombor 8:

ANDA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB SAMA ADA TERHADAP KELUARGA ATAU KERJAYA.
CONTOH DALAM KERJAYA ATAU PERSEKOLAHAN JIKA DIBERI TUGAS ATAU KERJA RUMAH ANDA AKAN SELESAIKANNYA WALAUPUN MEMAKAN MASA.

Nombor 9:

ANDA SUKA MENGEJAR KEJAYAAN ATAU ASET. MUNGKIN JUGA ANDA MEMIKIRKAN PERNIAGAAN .

Tuesday 26 July 2016

Kek Marbel Minyak

bahan A
4biji telor
1sk ovelet
3/4cawan gula(blend)

bahan B
3/4cwn minyak masak
1/2cwn susu pekat
1sk esen vanila
11/2cwn tepung gandum
1sk baking powder

3sb serbuk koko

cara2
pukul bahan a sehingga kmbang kemudian
masukkan susu dan minyak pukul sekejap masukkan even vanila
masukkan tepung

bahagi 2bahagian 1bahagian masukkan serbuk koko
masukkan dlm bekas selang seli.....
then bakar 45minit

Friday 11 March 2016

Mee Goreng Sedap dan Simple

Assalamualaikum...

Harini mama goreng mee je. Ptang neh nak tengok baby... 😄

Cara2nya :
1. Tumis 4 ulas bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan pula 1 sudu cili kisar hingga garing
3. Setelah garing, masukkan segenggam ayam. Gaul hingga ayam masak. Jika mahu letak fish ball / fish cake / udang / sotong juga boleh. Terpulang kpd anda.
4. Masukkan pula segenggam batang sawi.
5. Masukkan sedikit air, satu sudu makan sos cili, satu sudu makan sos tomato ( agak berkuah ). Kemudian masukkan 1 paket ( 500g ) mee kuning. Gaul dan biarkan sebentar hingga kuah meresap ke dlm mee. Jika terlalu kering tambah lagi sedikit air.
5. Setelah bahan meresap, perasakan dengan kicap, sedikit sos tomato, dan perasa. Masukkan juga sayur sawi hingga sayur sedikit layu.
6. Siap. Sedia untuk dihidang.

Sunday 7 February 2016

Potong rambut... hehe

Assalamualaikum...

Rambut Dhia dh pjg... masa tuk bercukur...
Terima kasih mak ngah Salbiya Sathik...☺

Thursday 4 February 2016

Kelahiran puteriku : Dhia Humaira

Assalamualaikum...

Dh 2 minggu mama berpantang ( tak pantang sgt pun... haha ;p ).
Jaga baby yg kuat tido gara2 jaundis. Perlu dikejutkan sekerapnyer... sekurang2nyer 2 jam sekali utk menyusu dan pastikan baby kerap 'membuang'. Sian anak mama :(

Kluar hospital semua ok... bila hari ketiga lawatan cik misi kerumah, Dhia disyaki kne jaundis. Check darah kat KK mmg sah jaundis. Luluh hati tengok anak kne amik darah kt tapak kaki. Nyamuk gigit pun habis nyamuk tu mama kerjakan smpai tade nmpk rupe. Huhu. Giler lar. Cm neh rupenyer perasaan jd ibu neh. Tp mama kne kuat. Demi anak. Chaiyok2...

Dh tujuh kali amek darah, barulah turun jaundis Dhia. Dari 10.7 kpd 8.4 je. Cik Misi kata tayah amek dh.

Yeayyy... hatiku gumbira... :D

Tp Cik Misi kata still masih kne kerapkan nyusukan baby dan pastikan baby kerap 'membuang'. Ok CikMisi !!! :D

Oklar, lau nk creta pasal jaundis je tak tertaip lak creta sblm bersalin. Hihi. ;p

21 Januari 2016

Overdue dah. Tapi doc kat KK bg tempoh sampai 22 Januari 2016. So lek2 jelakan. Haha.

Ptang2 mmg seronok makan ABC. Ngidam nyer pasal, papa Dhia pun belikan lah. Tgah seronok2 makan. Nk terkencheng lak. Haha. Sekali tengok, eh? Eh? Ape neh? Kuar darah? Tande ke? Kuar toilet je terus tanye mak.

Mak : Yelar tu. Tande lar tu. Gi hospital pat.
Aku : Tp... cket jer mak. Tak saket pun?
Mak : Gi jela hospital... ko due pun esok...

Kami pun pergi lar hospital. Doc check bukaan. Baru 3cm. ( sblum neh 2 cm ). Kne tahan hospital sebab esok mmg dah overdue to stay at ward. Cik Misi dah pasang jarum kt pergelangan tangan. Nervous je kan? Huhu... tunggu punyer tunggu akhirnyer dapat katil no 7. Ter nmpk kat board tu... FD... Apekah FD itu? Jeng3...

Mlm tu sementara tgah baring2 tu, pergi lar search google... apekah FD tu. Terjumpe lak tajuk Fetal Distress... Baby Lemas? What the... OMG... rasa nak nangis je masa tu. Tp mama keep positive. Tarik nafas dlm2... ( mcm nk bersalin lak. Huhu )

Dh tenang tu mama pun search lagi byk2 nak cari something yg positive. Rupenyer semuanyer normal bg ibu2 yg overdue. Paling lambat pun overdue sampai 2 minggu. Fuh... Lega dengar.

Dlm kelegaan tu pun mama tetap berusaha buat senaman bagi memudahkan pembukaan vagina mcm kt rumah. Mcm2 wat. Org sebelah nl tengok pun dilantakkan. Haha. Duk sambil temukan tapak kaki lar... tidur ngiring kiri... tidur pun mcm duduk dah. Haha. Kat tandas pun cangkung temu tapak tangan... ketuk ketampi... tp berjalan... turun naik tangga je tak. Sbb mmg tak larat sgt. Byk kali wat kat rumah. Kelengkang neh dh saket. ( sorry 18sx cket... haha ). Semua gara2 nak baby kuar cepat. Takut. Sayang baby sgt2. Muah!

22 Januari 2016

Baby belum nak keluar lagi. Org katil sebelah dh silih berganti keluar. Pg2 doc check. Suh masuk bilik dia. Nak check bukaan. Adoi mak. Sekali doc lelaki. Ade lar dlm 5 org nak kne check bukaan. Masing2 duk kt kerusi tunggu giliran. Nervous betul. Huhu. Sampai giliran mama adoi... segan nyer... doc neh nak check... Adoi... Dh lar tu ramai lak doc2 pelatih dlm tu. Seb bek diorg perempuan. Doc senior sorang tu je yg lelaki. Baring je mama tak kangkang pun. Haha. Kne tegur. Baru nak kangkang. Kah3. Dilantakkan je. Check2 doc tu kata baru 1 cm? What the... ? Pastu doc tu kata... awk balik dulu dh betol2 saket baru dtang hospital. What the...? Again. Pastu mama lak tegur doc. eh? Eh? Bukan saya dh overdue ke doc? Pastu doc tu mcm blur jap. Dia check balik, dia kata... owh... owh... awk stay kat sini lagi. Esok tak lahir lagi kami masukkan ubat ( induce ). Dlm hati mama... Haiyaaa... ini doc... lauya... haha... Lantak ler.

Kuar bilik semua tanye... caner? Caner? Camtu lar. Tak nak bukak2 gak. Caner baby nak kuar. Huhu.

Tengahari waktu melawat. Abah... Mak... Adik... Papa Dhia... datang semua. Siap bawak termos ala2 aladin. Kiriman dari 'org jauh'... adik ipar kirim. Sweet je kan. Haha.

Tgah berbual2. Doc dtang ke katil. Ingat ade ape. Penyer nak terangkan tetang induce esok. Antara penerangannyer :

Esok awal2 pagi lau bukaan tak menggalakkan, mama akan di 'induce' / penggalak kelahiran. Ada dua jenis induce neh. Satu berbentuk kapsul dan satu lagi berbentuk kayu. Kedua2 jenis induce ini akan dimasukkan melalui vagina ke serviks. Tujuannyer bagi menggalakkan pembukaan serviks. Ada risiko induce neh. Baby dlm kandungan berkemungkinan akan stress. Tp kalau bukaan mama menggalakkan... induce neh cancel. Sbb induce cara ubat neh tak di galakkan.

Selesai penerangan mama dan papa pun sain. Kirenyer setuju lar lau di induce.

23 January 2016.

Pg2 dh kne kejut. Sbb doc nak bukaan. Pastikan membuang dgn jayanyer. Adoiiii... check lagi. Harap2 doc perempuan. Huhu...

Sembelit pulak. Kesudahannyer masuk ubat melalui anus. Yg klakar bileh lak tanye dulu, sakit tak? Haha...
Seb cik misi tak ketawakan. Lek jer di jwb. Eh, taklah dek. Jgn risau.

Ok. Creta abes sini. Haha. Jumpe doc tu, sekali doc perempuan. Hihi. Suke mama. Dh buka 4 cm katanyer. Kne tunggu lagi. Tgahari mkan2 dulu. Harap2 tak di induce. Mama senyum.

Tengahari papa Dhia dtang. Teman Mama sampai abes waktu melawat. Darah makin byk. Pinggang mula saket2. Huhuuu... contraction ke neh? Abes waktu melawat, cik misi tanye ok tak? Mama kata still ok sbb saket baru 2 kali dlm 10 minit. Cik misi kate, ha dh dkat lar tu nk bersalin. Tape lar tunggu mkan ptang, labor room penuh.

Waktu mkan ptang pun tibe... saket makin kerap. Peh. Tak senang duduk. Terus jumpe Cik Misi. Check bukaan lagi. Kali neh dh buka 5 ke 6 cm... Di suruh mkan ptang dulu. Sbb nk call labor room. Mkan kuih mcm ape. Telan terus sebiji. Haha. Air Milo pun sekali teguk je. Tatau npe jd gitu. Saket kot. Haha. Abes mkan terus Cik Misi bawak wheel chair. Brg2 mama semua dia angkut guna troli.

Bermulalah kisah mama... setelah ditolak ke labor room. Sampai di labor room no 5, mama baring. Perasaan nervous masih ada. Bukaan dikira lagi. Kali neh doktor masukkan something ( most like spatula or else, dunno la), utk pecahkan air ketuban. Tiba2 ada bunyi tus! Dan air hangat jernih pun keluar. Saat tu contraction makin rancak dr sblm neh.

Doc ckap tunggu sampai 4 jam. Contraction tu mmg tak selesa langsung. Mula2 boleh tahan lagi. Boleh lega dgan teknik pernafasan ( ada search kt laman kesihatan ). Lama2 bila makin dekat... rasa macam Ya Allah tatau nk explain caner.

Sepjg kesakitan tu berlaku, mulut neh cuma boleh ucap "Ya Allah... ampuni dosaku..." "La ila ha ila anta sub hanaka innikuntu minaz zalimin". Kepala neh cuma boleh pk "sakit tu kifarah dosa... ".

Ada beberapa jam lagi nak sampai ke saat itu. Doc masuk check contraction. Di masukkan ubat dlm saluran. Katanya ubat bius. Selepas sakit agak kuat sedikit. ALLAH...

Mmg betul. Kakiku kejang tak terasa. Sakit terlalu kuat. Allah terfikir aku saat org yg bersalin tanpa bius. Bagaimana ya? Allah... walau di bius masih terasa contraction yg sakit tu. Allah. Hanya tuhan yg maha mengetahui.

Kurang sejam lagi saat itu tiba. Azan maghrib sudah berkumandang. Contraction makin rancak. Allahhhhh... Air mata ni hanya mampu menitis. Sakitnyer. Allah... masih teringat lagi di ruang memori.

Saat itu pun tiba. Seorg kakitangan Labor Room masuk. Mama bagitau "Kak... sakit kak" Dgn nada yg lembut dia pun ingatkan suh mama ladazkan kalimah "La ila ha ila anta sub hanaka inni kuntu minaz zalimin"
Allah... aku yg terlupa. Sekuat hati mama sebut kalimah suci itu. Semua kakitangan yg terlibat pun masuk. Termasuklah papa Dhia. Semangat mama ketika itu.

Dlm masa 20 minit berhempas pulas meneran... dan dgn kerjasama kakitangan Labor Room yg mmg superb 5 star. Lahirlah Dhia Humaira. Dlm keadaan masih berdarah, Dhia diletakkan di pangku mama. Allah... bahagia sungguh. Hilang sebentar semua sakit walaupun tgah jahit. Selepas diazan dan di iqamah oleh papa... dhia pun di mandikan. Allahhh... sgt comel. Mama diberi biskut dan air milo. Sedap sungguh rasanyer mkan bila perut lapar. Selepas itu mama di ajar cara menyusukan baby. Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Susu tiada masalah. Mama bermalam sehari di hospital. Setelah check semua okey mama dan baby di benarkan balik.

Alhamdulillah... indah nyer bergelar mama. Rasa bermakna hidup ini dgn kelahiran cahaya mata sendiri. Mama kena kuat demi Dhia, sayang. ☺

Saturday 16 January 2016

Mencuci rambut dgn betul

Mama kongsikan tip mencuci rambut dengan betul berdasarkan apa yang telah dibongkarkan oleh New York’s foremost hair pros — hair stylist Nunzio Saviano di Nunzio Saviano Salon, New York dan Kyle White, lead colorist di Oscar Blandi Salon.

1. Mulakan dengan bilasan

Sama seperti pakaian anda memerlukan kitaran bilas sebelum anda menambah bahan pencuci, rambut anda juga harus basah sebelum menambah syampu. Gunakan air suam kerana ia dapat membuka kutikel kepala, ini bagus untuk membuang segala kotoran yang terperangkap. Satu lagi bonus, apabila anda mencuci rambut dengan air suam, ia melonggarkan minyak melalui kulit kepala dan membuka kutikel sehingga ia mampu menyerap minyak pada perapi rambut.

2. Jika anda mempunyai rambut panjang, gunakan conditioner terlebih dahulu

Sekiranya anda memiliki rambut melepasi paras bahu, lindungi hujung rambut yang rapuh daripada kering dan rosak dengan meletakkan sedikit perapi dan bilas ringan sebelum anda menggunakan syampu. Ini bukan sahaja akan memberikan hujung rambut yang sihat, malah ia akan mengisi ruang pada kutikel dengan kelembapan, menjadikannya licin dan bersinar.

3. Lather up, tetapi hanya pada kulit kepala

Anda hanya perlu syampu rambut pada kulit kepala, terutamanya di tengkuk. Cara terbaik untuk membuihkannya adalah dari akar ke hujung. Rambut yang paling dekat dengan kulit kepala adalah yang paling muda dan mudah berminyak, manakala hujung rambut adalah yang tertua dan biasanya paling kering. Kedua-dua kawasan ini adalah kawasan rambut paling sensitif.

Dan, jangan gunakan syampu lebih daripada apa yang anda perlukan!

4. Lakukan dengan lembut

Geseran boleh merosakkan kutikel rambut anda, yang membawa kepada kerosakan dan keriting halus. Fikirkan tentang mencuci rambut anda seperti mencuci tangan halus anda – dengan berhati-hati.

Mulakan buih syampu pada akar. Tingkatkan aliran darah ke kulit kepala dan rangsang pertumbuhan rambut dengan menggunakan strok menegak dengan tekanan sederhana. Jangan gunakan pergerakan bulatan yang boleh mengusutkan rambut anda. Seterusnya, usapkan buih syampu sepanjang hujung rambut dalam gerakan mengusap lurus. Jangan gosok hujung yang rapuh ataupun gunakan gerakan depan dan belakang seperti anda mencuci kain buruk pada papan pencuci!

5. Jangan bilas dan ulang

Walau apapun arahan yang tertulis pada bahagian belakang botol syampu anda, tidak ada keperluan untuk anda mencuci rambut dua kali. Elakkan keguguran rambut dengan melakukan sekali syampu sahaja, yang biasanya sudah mencukupi.

6. Tambahkan perapi dari pertengahan ke hujung rambut

Selepas anda telah membilas syampu, perahkan air dari rambut sebelum anda meletakkan perapi. Kemudian, klipkan rambut anda sehingga anda selesai mandi, biarkan perapi dicuci pada penghujung mandi. Semakin lama perapi dibiarkan pada rambut anda, lebih baik ia menyerap. Jangan letakkan perapi pada akar rambut anda; minyak semulajadi daripada kulit kepala anda adalah lebih tertumpu di sana.

7. Selesaikan dengan bilasan air sejuk

Air sejuk akan menutup kutikel dengan ketat, yang akan memberikan cahaya dan sinaran paling ketara pada helaian rambut.

Semoga info ini bermanfaat buat semua! Jom amalkan teknik mencuci rambut yang betul mulai hari ini.

Thursday 14 January 2016

Esok dah Due Date sayanggg... Huhuuu...

Assalamualaikum...

Owh anakku sayang...
Esok dah due date...
Kenapa lar tanak keluar lagi neh...
Mama teringin nak cium2... peluk2...
Teringin nak tengok muka Dhia...
Mcm muke sape gaknyer...
Muka papa ke...
Muka mama ke...
Lahai...