Sunday 31 July 2016

Pola 459 / 549

Perkongsian Pola 459

Individu pola 459 adalah "penyerap tenaga" seumpama sponge / span basuh pinggan menyerap air (spongebob).

Kerana itulah orang pola 459 sangat sesuai berfungsi sebagai pemulih kesihatan/ perubatan seperti bomoh, jururawat, doktor atau terapis mahupun kaunselor.

Apabila anda "merawat" orang, sebenarnya anda secara semulajadi menyerap tenaga kurang baik dari pesakit, menyebabkan pesakit rasa lega berurusan dengan anda, tetapi anda pula yang merasa sakit-sakit akibat anda menyerap tenaga kurang baik mereka bagi pihak pesakit.

Oleh kerana anda menyerap tenaga kurang baik, lama-kelamaan diri anda mengandungi banyak tenaga kurang baik dan anda mula sakit-sakit.

Orang pola 459 sering kena tempias sakit atau mudah kena santau, pukau, buatan orang dan sebagainya - kerana pertahanan anda lemah.

Kecuali individu pola 459 yang mempunyai frekuensi dalaman yang tinggi. Kerana itu, biasanya orang yang merawat pesakit sering ada amalan untuk "bersihkan" diri mereka untuk keluarkan tenaga sakit dari dalam diri mereka selepas merawat pesakit.

Dalam Islam pun, anda disunatkan untuk mandi selepas menziarahi atau menguruskan jenazah atau kembali dari kubur.

So, mandian terbaik adalah selepas anda menghadiri mana2 tempat negatif seperti (klinik,hospital, perkuburan) sila buat mandian aura.

No comments:

Post a Comment