Friday 11 December 2015

Kailan Ikan Masin


1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
1 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya juga amar mudah untuk disediakan.

Cara-Cara Penyediaan:

1. Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
2. Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
3. Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.
4. Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau nipis jika mahu.

P/s: Sayur kailan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan ikan bakar, atau pun apa-apa seafood punya lauk.

No comments:

Post a Comment