Thursday 29 October 2015

CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN

CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN !!


Seelok2nya diambil ngam2 , jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola

1. BAHU :
diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.

2. DADA:
ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada

3. PINGGANG BAJU :
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping

4. PINGGANG KAIN:
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai 'low waist' ukur dibahagian tersebut

5. PUNGGUNG:
Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut . Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang aling tinggi . Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut

6. LABUH LENGAN:
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar

7. LEHER:
ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan

8. LABUH BAJU:
Sebaik2 ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.

9. LABUH KAIN:
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki ( tidak memakai kasut ) . Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.

10. LABUH JUBAH :
Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment