Tuesday 17 November 2015

Jantung Pisang Tumis

Gara2 mengidam, mama masak ler jantung pisang neh. Ingat nk celur je pastu cicah air asam, tp ter GOOGLE lak jantung pisang tumis neh. Ternyata sedap di tekak ngandung mama neh ( juge isi rumah, kalau korang yg try tak sedap naseb lar. Kwang3). Asal resepi dr seberang. Asalnyer juge dr bahasa sne tp mama dh translate kan hehe...

Di mulakan dgn basmallah ye ...

JANTUNG PISANG TUMIS

Bahan-bahannya:

1 biji jantung pisang ( saiz sederhana )
15 butir biji nangka
20 biji lada merah
5 biji cili padi
1 helai daun salam
1 biji tomato
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci Lengkuas
1 batang Serai - diketuk
3 camca besar Sos tiram
1 camca besar gula merah ( gula biasa pun bole )
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya :

1. Kupas kulit jantung pisang, ambil yg putih sahaja. Belah dua dan rebus sebentar di air mendidih. Toskan dan dihiris.
2. Rebus biji nangka, toskan dan angkat. Hiris sekali tomato dan lada merah.
3. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis.
4. Setelah naik wangi, masukkan bahan yg telah dihiris, serai, dan daun salam.
5. Setelah mendidih, masukkan air agar bahan2 meresap. Setelah mendidih, angkat dan boleh dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencube. :)

No comments:

Post a Comment